Twitter Facebook Delicious Digg Stumbleupon Favorites More
Satu Perjalanan Ke Arah Financial Freedom

07 March 2014

Bertindak sebelum terlambat, Pesanan buat diri dan Kajian Kes

Salam dan jumpa lagi..

Sebenarnya byk idea yg aku nak tulis ni, mcm2..asalnya nak tulis pasal networking..apa pentingnya network..apa kisah disebalik Nuaraca Network..tapi xpela, lain kali aku tulis psl tu.

Kali ni aku rasa nak tulis pasal satu topik yang sebenarnya biasa-biasa jer, tapi ianya juga mcm pesanan buat diri aku jugak la, kalau korang rasa korang pun sama mcm aku, anggap jela kita sama2 bincangkan topik ni.

ok, dari dulu lagi aku ni mmg dalam kategori "Silent Reader". Korang semua mesti tau apa benda tu. Aku suka membaca, dan x suka nak komen..even malam2 pun kalau xde keja atau ada masa free, aku buka internet dan jenguk2 baca blog org, tapi xde nak komen apa-apa, baca jer.. sambil2 tu tgk mana web2 yg best..masuk forum pun baca jer..dulu aku selalu masuk Carigold...Pendek kata..kira tu mcm hobi aku juga lah..

Dalam wat bisnes pun lebih kurang juga. Aku suka wat bisnes..sapa x nak wat duit..tapi selalunya aku akan amik masa dulu, baca dan baca sampai aku puas hati, nak fikir2 dulu, nak tunggu kawan2 lain mula dulu, pastu tgk yg join berjaya ke x dan macam2 sebab la. Dalam pada tu kalau ada orang ajak aku wat apa-apa pun, jawapan standard aku pun sama la;

" ko wat la dulu, aku belum kaji lagi "
" ko jalan la dulu, nanti kalau ok aku join "
" aku nak tgk testimoni dululah "

macam2 lagik la, sehinggalah masa berlalu ngn pantas..dan akhirnya aku teruskan la apa yg aku buat ni macam biasa.

Cumanya kali ni aku rasanya nak ubah sikit stailnya...dengar mcm nak agresif sikit kan. Xdela juga sebenarnya.. sbb ada betulnya juga apa yg aku buat sebelum ni, kaji dulu, tunggu tgk org lain wat dulu baru nak mula, tgk testimoni dulu sampai puas hati dll. Apa yg betulnya, sbb yg selalu aku buat ni kalau benda tu pakai modal yg besar, mana la tau kot2 gagal ke, x jadi ke, masak gak nanti kan..ok, tu betul..

cuma, kalau modal kecil, mcm mana lak?? agak2 kalau kita try, apa jadi.. rugi sgt ke kalau kita wat jer, cuba dulu tgk..kurang2 kita tau sendiri..adat la kan, x cuba xtau..tapi kalau jadi mcm mana...senang ceta, kalau nak buat alasan, macam2 kita akan bagi..pointnya, nak ke x nak jer..

jadi kali ni, sementara aku nampak peluang ni dah ada, modal lak kecil dlm 100 jer..maafla, mungkin nilai ni besar pada korang..tapi pada aku, dgn nilai tu kalau x berjaya pun, aku x ralat. kurang2 aku cuba, xde la nak pikir sgt...100 tu kalau org mcm aku ni isap rokok, seminggu lebih jer dah abis, makan kat luar 4 5 kali pun dah abis kot..:)

ok, balik ceta psl peluang ni..selalu sgt kita dgr, peluang x dtg selalu, kalau x amik, mungkin xkan datang lagi..atau lambat lagik nak datang balik..masa akan terus berlalu kan? so, skrg aku nampak satu peluang, potensi yg besar, baru dan boleh pergi jauh..jadi apa aku nak buat? ulang benda yg sama yg aku buat? rasanya kali ni x kot, aku nak wat jer, apa nak jadi jadila, kurang2 aku cuba..modal?? xper, kalau x jadi pun aku anggap dah xde rezeki..tapi kalau jadi??

ok lah..nak amik langkah selamat sikit..wat research sikit..dah aku wat, background benda yg aku nak buat dah aku check sikit sebanyak..so apa mcm mana skrg, nak tunggu lagi,  x kot, kali ni, aku nak set, nampak jer peluang aku nak rembat, kasi jalan jer dulu, apa2 belakang ceta..perghh, dengar mcm nak agresif jer..yela, modal kecik jer, layan jela..yg besar2 sebelum ni pun aku ada buat, take the risk sikit2 tu biasa la kan, hehe..

tapi ada satu masalah lagik aku ni sebenarnya.. aku jenis jenis malas nak carik2 org ni, malas nak promot2 kat org, aku jenis layan sorg2 jer, apa2 aku tanggung sendiri..ok la kan.. so pendekatan aku kali ni, aku wat sambil share2 la ngn kawan2, "sharing is caring" ayat standard gak ni..xde paksaan, aku cuma bgtau kat kawan2 terdekat, aku nak wat, diaorg nak join ke x, terpulang, nak kaji dulu mcm aku wat dulu2 pun ok, nak tunggu kot2 aku berjaya pun, harap2 la, ok gak.. aku cuma nak share jer, ikut x ikut tu pilihan sendiri, duit sendiri kan..

uiks, mcm panjang lak aku dok membebel sorg2 ni haha..xper, ni blog aku kan, sapa nak kisah..lagipun kalau korang baca post aku ni, korang pun mesti macam aku gak, "Silent Reader" kan??

Agak kena x topik aku pilih ni, "Bertindak sebelum terlamat", Pesanan buat Diri". Kena la kot kan.. yg penting pada aku, masa xkan tunggu kita, ianya akan berlalu dan berlalu..peluang datang x selalu..so kalau dah nampak, jalan jer..alasan kalau nak bagi, macam2..nak ke x nak jer..

ok, apa tu Kajian Kes lak?

yg nie macam best jer..oklah, ni aku wat research skit, kisah daripada org yg buat Video tapi, korang dah tgk kan, kalau x, cuba selak2 balik post aku sebelum ni.. nama dia pun famous dah dalam bidang ni, otai dalam bisnes yg aku nak wat ni, sapa nama dia, korang carik la sendiri..mcm biasa la kan, kaji dulu..kan nak tgk testimoni..hehe..

ok kita cuba lihat sikit faktanya... dia mula join bisnes ni bila? agak2 sekarang berapa la income dia? mari kita tgk..

jap, sebelum tu kan, mari kita teka, apa yg korang akan pikir atau cakap kemudian nanti..mcm yg standard aku akan cakap kat aku sendiri gak sebelum ni..

"alah, dia bolehla dapat byk, dia join awal"
"dia dapat mcm tu, sbb dia rajin promot, aku ni malas bab cari2 org ni"
"dah mmg rezeki dia, nak wat cemana"

mcm2 la lagi kan..pada aku kali ni senang jer, dia dapat banyak sbb dia rajin..sbb usaha dia..jadi kita skrg mcm mana, nak tunggu lagi perhatikan tgk jer.. masa akan terus berlalu dan berlalu..dan dia akan teruskan apa yg dia dah buat..xper, persoalan tu semua jawab sendirila kan...

ok, kita tgk bila dia start...

Bulan Julai 2010 dia mula... dia dapat RM59.30...sikit jer kan..yela bisnes modal pun kecik kan...
Ogos 2010 - RM532.06 ... ok dah skit ni, modal pun dah cover, cuma mungkin ada kos2 lain yg x cover lg
Sept 2010 - RM1293.03
Okt 2010 - RM1823.65
Nov 2010 - RM2675.12
Dis 2010 - RM3415.11

Jan 2011 - RM3716.73
Feb 2011 - RM3769.37
Mac 2011 - RM3971.57
April 2011 - RM3705.24
Mei 2011 - RM4127.73
Jun 2011 - RM3613.97
Julai 2011 - RM3912.87
Ogos 2011 - RM3957.29
Sept 2011 - RM3825.21
Okt 2011 - RM4102.54
Nov 2011 - RM4334.57
Dis 2011 - RM4542.38

Jan 2012 - RM5237.25
Feb 2012 - RM5435.57
Mac 2012 - RM6486.23
April 2012 - RM6842.02
Mei 2012 - RM9657.42
Jun 2012 - RM11741.73
Julai 2012 - RM13384.83
Ogos 2012 - RM14625.60
Sept 2012 - RM15190.66
Okt 2012 - RM16707.48
Nov 2012 - RM17324.56
Dis 2012 - RM18784.73

Jan 2013 - RM20,573.28
Feb 2013 - RM21852.49
Mac 2013 - RM24895.34
April 2013 - RM33201.43
Mei 2013 - RM32864.92

....
....
....
....

Menarik kan? Agak2 korang berapa pendapatan dia skrg sebulan? sebab data tu pun ada sampai Mei 2013. Time aku wat post ni dah masuk Mac 2014..Cuba korang kaji tgk...wat research skit..

Tapi aku dah kaji dah, jawapannya aku dah dapat..nak tau berapa??

Jawapannya = RM250,000.00 sebulan
ya, tiap2 bulan..

X percaya? Terpulang... tapi inilah kuasa Pasif Income. yang pasti ianya xkan berkurang.. sampai bila.. yang ni aku x boleh nak jawab... tapi kita nak tunggu tgk lagi ke mcm mana skrg..

Jumpa lagi.
Share:

06 March 2014

Pengenalan: Tune Talk Tone Excel

Kali ni aku nak post psl Tune Talk Tone Excel. Apa benda sebenarnya ni..
jadi elok kita tgk lu sikit psl ni.


Apa itu Tune Talk?

 

Tune Talk Sdn Bhd (TT) adalah Syarikat Pembekal Perkhidmatan Telefon yang mula beroperasi pada 19 Ogos 2009. TT dimiliki oleh syarikat Induk Tune Group (kepunyaan Tony Fernandes di mana di bawahnya ada Tune Insurance, AirAsia, Tune Hotel, Tune Money serta Tune Talk. TT menggunakan infrastruktur Celcom (Celcom juga pemegang saham terbesar dalam TT sebanyak 38%). Jadi, dari segi coverage, selagi Celcom ok, ok jugalah TT ni.

Maklumat lanjut boleh rujuk kat web TT: http://www.tunetalk.com




Apa pulak Tone Excel?


Tone Excel Sdn Bhd (TE) adalah Syarikat Pemasaran Rangkaian yang ditubuhkan pada tahun 2009 dalam usaha untuk memajukan lagi industri telekomunikasi di Malaysia. Misi TE adalah untuk membantu setiap individu mencapai kebebasan kewangan melalui konsep pemasaran yang inovatif.

Pada 5 May 2010, TT dan TE telah mencapai persetujuan untuk melancarkan satu program kemasyarakatan yang dikenali sebagai Program Komuniti Mudah Alih WOW. Penyertaan keahlian untuk program ini adalah dipasarkan melalui pelan pemasaran innovatif yang lebih dikenali sebagai Program Referral Tone Excel. Program ini telah dilancarkan secara rasmi pada 5 Ogos 2010.

TE telah menggabungkan pengalaman dan kepakaran dari insurans, pemasaran rangkaian dan perkhidmatan untuk merumuskan satu strategi baru bagi menjana pendapatan kepada masyarakat.

Maklumat Lanjut boleh rujuk kat Web TE: http://www.toneexcel.com



So, skrg dah nampak kan apa beza dua ni, Tune Talk (TT) ngn Tone Excel (TE). Secara ringkasnya lagi mcm kat bawah ni...




Apa tu  Program Referral Tone Excel?

Ianya satu Program yang dikelolakan oleh Tone Excel (TE) bagi menyediakan peluang perniagaan pada orang-orang mcm kita ni, nak wat income dan dikuasakan oleh Tune Talk (TT).



Ok, jadi mcm mana nak join dan apa kelebihannya?

Nak join, modalnya murah jer.. RM90.00 shj.. 


dan anda akan dapat sekeping kad simcard mcm kat bawah ni..ngn dalam tu ada dah top nilai RM30.00 (jadi kira sendirilah modal sebenar berapa ni)



Anggap jela ni macam lesen anda nak mula berniaga atau wat bisnes, xde benda ni xleh watla..

mana nak dpt? Kat kedai biasa ada ke? Apa kelebihannya ni..tu semua akan diperincikan dalam post pasni k..

Jumpa lagi.
Share:

Apa Yang Nampak?

Jumpa lagi.

Jadi dah tengok dah video tadi kan? Rasanya mcm dah jelas dah video penerangan tu..kat web tu pun ada diterangkan faedah2 nya dan marketing plannya macam mana.. rasanya buat masa ni kita kita sembang2 lagi ngn sama2 bincang2 dulu, sebab nanti post2 pasni akan kita detailkan pasal benda ni..

sebab apa...

sebab tujuan aku menulis psl ni pun sbb nak berkongsi.. nak taip ayat2 pujuk rayu org ni pun aku x berapa reti..pada aku senang jer..xde paksaan, kita buat sbb kita nak buat..bukan sebab org pujuk rayu atau paksa. pilihan masing2, anda tentukan sendiri.

ok lah..psl faedah2 tu semua, nanti kita bincangkan kemudian..yang nak sentuh kali ni...yg aku nampak adalah KUASA PASIF INCOME..
apa benda pasif income ni, rasanya ramai yg dah tau..boleh sama2 share nanti. Pendek kata, ianya adalah income yang berterusan. Nak ceta lanjut psl Pasif Income ni, nanti kita wat post lain..kali ni cuma nak bgtau apa yg aku nampak.

yang lain2 tu dah jelas kot, anda rajin atau lebih usaha, anda dapat lebih..jangan salahkan org yg dapat byk income, dia dapat sbb dia rajin..caranya mcm mana, masing2 ada cara sendiri, online ke offline ke, terpulang. Aku pun baru nak join, jadi nak janjikan bulan bintang pun x dpt, nak janjikan anda dapat jadi jutawan pun xdpt.

Kalau korang kata nak bukti pun, aku cuma boleh tunjukkan bukti dari yg dah join, nanti kita tunjukkan beberapa kajian kes org yg dah join di post lain..

Sebab pasni aku nak postkan sedikit pengenalan psl benda ni..apa benda ni?

nama dia Tune Talk Tone Excel


Share:

Sambungan kisahnya

Jumpa lagi,

Seperti yang dijanjikan, kita sambung lagi sembang2..then baru kita ceta nak wat apa.

ok, dalam dok layari internet tu, aku terjumpa satu web ni.. baca saja2 jer asalnya..tapi tah mcm mana rasa tergerak hati nak wat research skit. So dlm satu hari tu, wat research jela..baca baca dan baca apa yg ada dan terjumpa..semakin menarik hati aku.

Sebenarnya rasa aku dah lama dah aku perasan benda ni, cuma wat xtau jer..xde nak amik pot sgt. Tapi aku ternampak satu benda yg aku rasa potensinya adalah luas pada tafsiran aku..tp serious aku ckp... Bukan sebab ayat2 marketing yg org dok ajak join tu yg menarik minat aku, dah bertahun dah aku dengar skrip yg sama..benda jer yg berubah. Cuma kali ni aku rasa bila aku pikir2 sambil dok baca tu, bendanya mmg menarik dan potensinya masih luas.

Apa benda tu?

Ni linknya: KLIK SINI

Tapi, yg sebenarnya buat aku rasa nak join tu bila aku tgk video kat youtube tu, nanti aku bgtau kenapa. Sebab mungkin ada yg akan kata mcm ni,..

"alah, benda ni ke",
"intro mcm best jer, ni jer bendanya"
"benda ni dah lama la"

senang ceta mcm2 la kan..sama la mcm yg ingat dulu2 pun bila aku tgk psl benda2 jual barang ni, aku pun mcm tu, tapi x kisahla, sebab aku just nak share apa yg aku "nampak" di sebalik video ni.

Kalau nak jelas lagi boleh tgk video tu kat bawah, nanti aku bagitau apa yg aku "nampak" k.

layan dulu, nanti aku post lagik kemudian pasni :)

Share:

Mulakan langkah baru

Salam dan jumpa lagi.

Sebelum aku share ngn korang semua apa aku nak wat nie, mari kita sembang2 skit, atau baca jer apa yang aku tulis ni sebenarnya, sbb mcm luahan perasaan pun ada hehe.

Aku ni keja kerajaan, keja apa tu biarlah rahsia. Gaji pun ok la, nak kata tinggi tu xdela, nak kata rendah pun x la juga, biasa2 je. Tolak campur belanja bulan2 kira bolehla, dah rezeki mcm tu kan. Xper psl tu biarla dulu, bukan nak ceta psl tu sebenarnya.

ok, dulu aku suka wat bisnes, even sekarang pun masih suka..sapa x suka dapat duit kan :)
Jadi mcm2 juga la aku wat, daripada start aku keja dulu, sambil2 keja tu curi2 layan internet, aku join yg tgh hangat time tu, studiotraffic kalau x silap aku. Kejanya senang jer, buka website, pastu biar je, nanti dia rolling2 tukar2, then kita dapat income, xbyk tp dlm usd, buat jela tiap2 hari. pastu kuar lg mcm2, 12dailypro la dll, yg malaysia punya pun ada. X lama pastu xtau nape, program ni dah stop ke x bayar dah..xtau la.

then kemudian ada fenomena baru melanda, pelaburan internet. aku join gak, kali ni ada hasil la nampaknya..korang pun ramai yg join ni rasanya. Pernah dengar kot swisscash, dll tu. Aku x join Swisscash tapi yang lain, nama pun aku dah lupa apa tah, malas dah nak ingat balik hihi. Kali ni nampak mcm best, aku siap jadi trader jual point..untuk sehari sampai dekat nak seribu, bagi dua ngn member aku, dlm 500 seorang la dapat, sehari tu. Member aku wat x sampai dlm sebulan, boleh beli proton wira second, cash lagi. aku beli dua telefon Nokia Communicator time tu, dua lagi bagi sorang satu. ni dari seminggu nyer income jer. biar nampak hebat sikit kononnya wat bisnes. Kelakar lak kalau ingatkan balik..

x sampai sebulan, bisnes ni dah kena ngn BNM, pastu stop..sebelum tu pun Maybank aku sampai kena beku sbb byk sgt transaksi, tu pun seingat aku, aku pakai dlm 4 5 maybank kawan gak nak wat mudah bisnes.

Pastu aku join lagik mcm2 bisnes lak, byk la jugak, jual topup, jual produk dll..tapi x lama. sebab aku ni jenis malas nak cari org sgt. aku lebih suka yg wat2 sendiri jer..x susahkan sapa2 kalau ada apa2 komplen ke nanti.. pendek kata, mcm2 la aku wat yg guna internet ni..

Lama2, aku slow skit, sbb aku dah tukar keja, tp gomen gak, kali ni keja aku sibuk la skit, xde masa sgt nak wat part time ni..tapi, sapa x nak duit lebih kan..lagipun aku follow gak perkembangan semasa..asalnya nak main forex, tp aku x berapa pandai nak kaji graf2 tu semua, pening pala aku tgk. jadi aku wat keputusan join yg pelaburan emas lak, tgh hangat time tu..aku jumpa sorang bro ni, nama dia pokli, ada yg kenal kot, otai ni sekarang dlm bidang emas ni..byk dia kasi tunjuk ajar time jumpa tu. ikhlas aku ckp, aku mmg respek dia dan sebab tula aku kekalkan dia sebagai mentor aku dlm blog ni. Aku bukan nak kata aku menyesal, sbb aku pun join. Cuma mungkin sbb halangan kewangan ngn kerja, aku x berapa wat sgt atau follow dlm bisnes emas ni. Setakat simpan sikit2 emas tu sebagai bekalan akan datang ada la, wat aset skit. :)

Dalam pada tu, disebabkan kerja aku makin busy, aku jarang dah ada kesempatan nak join bisnes internet. aku boleh kata stop kejap. Dalam pada tu aku buka kedai jual pakaian kat Seri Kembangan ngn member aku, tapi x lama, aku jual semua barang ngn kedai tu. Aku pun dapat naik pangkat dan transfer ke Sabah. Sekarang ni dok Sabah la..best gak, hehe.

Dalam pada tu, ada gak aku jenguk2 sambil2 tgk kat internet apa best. Tapi x terbuka hati nak join mana2 bisnes. Sebabnya, sebab aku malas nak cari orang, nak jumpa orang nak explain produk dll.

Sehinggalah pada satu hari tu, aku ada terbaca satu benda yang menarik minat aku...

Apa benda tu? Pasal apa minat? jeng jeng jeng..
kita sambung di next post sebab aku penat menaip ni hihi...
Share:

Bil telefon dan tinggi

Salam,

Hari ni dalam tgh2 nak update blog untuk nak wat projek baru ni, bukak email tgk bil telefon dah sampai. Tgk amaun nya tu, hmm mcm biasa la, lebih kurang tu jela tiap2 bulan..

Disebabkan ianya ada kaitan dengan projek nak wat ni, aku kasi share la kat sini gambarnya skit, senang nak wat rujukan di masa akan datang.

Ni sebenarnya bukanlah bil telefon aku sorg, ni dah merged supplementary utk no mak aku ngn bil internet, aku combine sekali nih..anak mithali katakan hehe..


Share:

Blog dah bersawang ni



Salam,

lama tul rasanya x update blog ni. mcm baru kembali ke rumah yang dah lama kena tinggal je rasa. Banyak nak kena renovate balik ni.

Disebabkan sayangkan nama kat blog ni, serta ada beberapa projek baru nak buat tahun ni. So pakai balik la nama blog ni.

Senang ceta nanti nak wat transformasi sikit2 kat blog ni kemudian.

Jumpa lagi :)
Share:

Search Box by All Blogger Tricks

Langganan Artikel Percuma

Dapatkan Artikel terbaru yang sentiasa diupdate secara percuma. Jadilah yang pertama mengetahuinya!! Masukkan email Anda di bawah dan klik Subscribe:

Delivered by FeedBurner

Search This Blog

ChatBox

Hubungi Saya:


Nuaraca
Tel/SMS/Wasap: 012 2876187
email: nuaraca@gmail.com

FB:
https://www.facebook.com/nuaraca



Popular Posts

Featured Posts

Recent Comments

Contact Form

Name

Email *

Message *

Total Pageviews

link rel="stylesheet" type="text/css" href="http://blogger-json-experiment.googlecode.com/svn/resources/blogger-feed-rotator-plugin/default-style.min.css"/>

top navigation

Blog Directory
Blog Directory & Search engine
blogarama - the blog directory
Blog Directory by Blog Flux

Link Partner

Nuaraca

Letakkan Logo ini dengan menggunakan kod di atas ke web atau blog anda dan emailkan web atau blog anda ke

nuaraca@gmail.com

Copyright © Nuaraca Network | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com & Distributed By Protemplateslab