Twitter Facebook Delicious Digg Stumbleupon Favorites More
Satu Perjalanan Ke Arah Financial Freedom
Showing posts with label Pelbagai. Show all posts
Showing posts with label Pelbagai. Show all posts

13 December 2016

2007.. Permulaan kisah yang baru



Salam.

Lama dah aku x jenguk sini..

Lama x berblogging juga sebenarnya.
Rasa macam 2017 ni masa yg sesuai kalau nak berblog balik..

Tapi nak kena susun balik blog ni nampaknya
Biar nampak segar skit..

Oklah nt jumpa lagi :)
Share:

26 March 2014

Antara "Surirumah" dengan "Part Time Internet Marketer" atau "Full Time Internet Marketer"



Salam dan jumpa lagi,

Kali ni aku nak ceta skit satu tajuk yang mungkin dah biasa kot korang dengar. Cuma sekadar nak minta pandangan korang kalau korang setujulah. X setuju pun xpe, bukannya ada apa pun, saja jer nak post.

Ok lah, aku ni keja gomen biasa jer. tiap2 bulan dapat gaji, sama la mcm korang kot, x kisah la keja gomen ke swasta ke, full time apa pun, ke part time, suma ada gaji kan..yela ni kan aktif income kita..dalam pada tu jugak, ada juga yg wat keja part time kan, nak cari duit lebih, so, sambil bgtau keja kita ni, kita pun bgtau la gak kita wat part time apa kan..

Bagaimana ngn surirumah lak? Ada gaji ke diorg ni? Kalaulah anda yg baca ni antara surirumah gak, kalau org tanyalah kan, member2 sekolah yg lama la contohnya, eh, ko keja apa skrg? nak jawab apa ek agak2.."aku keja surirumah?" atau "aku x keja", "aku jaga anak jer kat umah". Btw, sebelum korang mula salah paham, post ni bukan nak kata sapa2, just nak share jer, dan cuba lihat dari sudut positif maksud aku ni yer.

Macam mana kalau kita ubah skit, maksud aku yg keja surirumah ni..kalau pasni ada org tanya korang keja apa, jgn bgtau korang keja surirumah..bagi nampak best skit, bgtau la mcm ni.. "aku keja Part Time Internet Marketer", atau "aku keja Full Time Internet Marketer"..nampak mcm best kan? tapi apa nak kena wat.. xyah susah2 nak cari keja pun sebenarnya, tukar gelaran tu jer, tapi sambil2 tu cuba cari peluang2 yg ada kat internet ni, mcm2 ada, boleh wat online business, wat dropshipping ke, wat kedai online ke, jual ebook ke, dll lagilah..jadikan keja-keja ni semua sebagai satu sambilan yg boleh dapatkan income tambahan pada family..

Yang aku cuba nak sampaikan disini adalah, bagi nampak yang kita ni ada keja, satu kerjaya atau career. sbb kat luar sana tu, asal kalau sebut surirumah jer, mesti ada yg fikir ke arah negatif kan. Minta maaf sekali lagi, bukan nak menyinggung mana-mana pihak, aku sendiri respect org nak bernama "surirumah" ni, mcm2 diorg buat, dan kena ingat bukan senang nak uruskan sebuah keluarga kan.. cuma lihat ke arah positif apa yg aku cuba sampaikan ni.

Jumpa lagi..
Share:

23 March 2014

Nrelate: Letakkan Post "Yang Berkaitan" dengan Blog Anda dan Boleh Hasilkan Income?

Salam,

Pagi ujung minggu ni aku xde plan ke mana2..ingat nak rehat2 kat umah jer. So arini ada masa aku nak godek2 skit blog aku ni mana patut. Aku ni sebenarnya kategori noob gak dalam wat blog ni, belajar wat pun sendiri2 jer, kaedah try and error. Sambil2 explore ni cuba test apa2 yang terbaru ke..lagipun pada aku wat sendiri ni best, kita cub2, pastu syok pulak kan kalau menjadi.

Aku dari tadi sebenarnya nak bubuh satu tool ke widget ke, apa2 la yg korang nak panggil ni, ke blog aku. Yang post-post berkaitan tu..so bila search aku tgk byk yg buh kat blog yg pakai LinkWithin. Korang mesti tau kot..jadi aku pun try la buh kat blog aku...nampak mcm senang jer, add on gitu jer..tapi bila view blog ni, x kuar lak gambar. Jadi mcm biasa la, cari kat internet mcm mana nak edit atau fix error ni, jumpa..pastu aku wat, mcm nak menjadi tapi x menjadi gak..

Pastu aku search, option lain, dalam pada tu aku terjumpa satu blog mat salleh ni yg ada bgtau psl benda ni, dia cakap kalau pakai LinkWithin ni sebenarnya x berapa bagus sebab ianya dalam kategori Parasit Widget dan x berapa bagus untuk SEO korang. Pulak dah..hehe. Korang baca sendiri la kat SINI

"Bloggy Thursdays: Why I Stopped Using LinkWithin (And Switched to nRelate)"



Jadi, aku pun pikir elok gak aku try yang dia suggest tu, namanya nRelate. Korang boleh check gak dengan klik bannernya yang ada bawah post akhir aku ni yang ada gambar nRelate mcm kat bawah ni:




Aku pun x explore dengan detail lagi gak sebenarnya sbb nak try dulu. Tapi bila register dan pakai menjadi lak..macam yg korang tgk kat bawah sekali blog aku ni la.. 

Dan yg aku perasan diorg ni mcm wat affiliate gak, kira ada bagi komisen gak, bab ni aku nak ceta skrg pun aku x berapa pasti, nanti kalau dah tau aku post balik psl ni sbb tujuan aku pun nak cari widget yang boleh letak psl post2 yang berkaitan ni..tapi kalau korang ada produk yang nak iklankan rasa aku boleh try kot sbb nRelate ni ada wat "Partner Program". Korang cuba baca la nanti k. Ada minah ni pun ada ceta psl ni tapi x detail gak.. Baca SINI

Nanti korang tgk la, aku just nak share jer..

Jumpa lagi..


Share:

20 March 2014

Rakan Niaga Nuaraca Network




Salam dan Jumpa lagi


Korang perasan di sebelah kanan blog ni ada satu section ni kan? dan setakat post ni ditulis, data yang ada setakat ni macam kat bawah ni:


KUALA LUMPUR / LEMBAH KELANG


SELANGOR



PUTRAJAYA



Azlan- 013 - 7300065



KELANTAN

Pasir Mas - 
Suhaimi - 01112976187

SABAH


Kota Kinabalu / Sepanggar / UMS / Menggatal
Nuaraca - 012-2876187


Keningau/Nabawan -
Asmawi 014-6722697 / 010-5240787



SARAWAK

Ruby 0178157052



ok, mmg kecil lagi rangkaian rakan niaga Nuaraca Network ni..tapi dari masa ke semasa ianya akan membesar dan membesar. Amat penting utk kita ada rangkaian kita sendiri sbb dalam nak wat bisnes ni susah gak kalau kita nak bergerak sendiri..melainkan kalau bisnes yang kita wat tu mmg style "lone ranger", cthnya main forex dll.


Tujuan Rakan Niaga sebenarnya utk sama-sama membantu antara satu sama lain. Jgn bimbang psl persaingan antara rakan-rakan niaga kita, konsepnya mudah, saling bantu membantu, rezeki akan ada. Hari ni kita tolong org, esok lusa kalau bukan dia tolong kita, org lain akan tolong kita. Ni juga memudahkan utk kita menguruskan satu-satu perkara tu. Cthnya kalau ada prospek di luar coverage kita yg kita susah nak handle sbb faktor lokasi dan dia nak jumpa face to face, pass jer kat rakan kita, kita x rugi sebenarnya..tgk dari sudut long term..kita wat bisnes bukan nak sekejap jer, kalau boleh nak kekal lama..


Rangkaian ni juga penting dalam kita nak senang bergerak, sama-sama boleh berkongsi idea dan kepakaran masing-masing. Ada org tu pandai dalam bab tertentu..gunakan sebaiknya utk kepentingan bersama. Sbb tu org kata "Sharing is Caring" tu. Jadi kalau kita dah wat keputusan nak wat bisnes yg sebegini, jaga rangkaian kita dan tolong mereka..biar sama sama dapat naik..
Jumpa lagi.
Share:

07 March 2014

Bertindak sebelum terlambat, Pesanan buat diri dan Kajian Kes

Salam dan jumpa lagi..

Sebenarnya byk idea yg aku nak tulis ni, mcm2..asalnya nak tulis pasal networking..apa pentingnya network..apa kisah disebalik Nuaraca Network..tapi xpela, lain kali aku tulis psl tu.

Kali ni aku rasa nak tulis pasal satu topik yang sebenarnya biasa-biasa jer, tapi ianya juga mcm pesanan buat diri aku jugak la, kalau korang rasa korang pun sama mcm aku, anggap jela kita sama2 bincangkan topik ni.

ok, dari dulu lagi aku ni mmg dalam kategori "Silent Reader". Korang semua mesti tau apa benda tu. Aku suka membaca, dan x suka nak komen..even malam2 pun kalau xde keja atau ada masa free, aku buka internet dan jenguk2 baca blog org, tapi xde nak komen apa-apa, baca jer.. sambil2 tu tgk mana web2 yg best..masuk forum pun baca jer..dulu aku selalu masuk Carigold...Pendek kata..kira tu mcm hobi aku juga lah..

Dalam wat bisnes pun lebih kurang juga. Aku suka wat bisnes..sapa x nak wat duit..tapi selalunya aku akan amik masa dulu, baca dan baca sampai aku puas hati, nak fikir2 dulu, nak tunggu kawan2 lain mula dulu, pastu tgk yg join berjaya ke x dan macam2 sebab la. Dalam pada tu kalau ada orang ajak aku wat apa-apa pun, jawapan standard aku pun sama la;

" ko wat la dulu, aku belum kaji lagi "
" ko jalan la dulu, nanti kalau ok aku join "
" aku nak tgk testimoni dululah "

macam2 lagik la, sehinggalah masa berlalu ngn pantas..dan akhirnya aku teruskan la apa yg aku buat ni macam biasa.

Cumanya kali ni aku rasanya nak ubah sikit stailnya...dengar mcm nak agresif sikit kan. Xdela juga sebenarnya.. sbb ada betulnya juga apa yg aku buat sebelum ni, kaji dulu, tunggu tgk org lain wat dulu baru nak mula, tgk testimoni dulu sampai puas hati dll. Apa yg betulnya, sbb yg selalu aku buat ni kalau benda tu pakai modal yg besar, mana la tau kot2 gagal ke, x jadi ke, masak gak nanti kan..ok, tu betul..

cuma, kalau modal kecil, mcm mana lak?? agak2 kalau kita try, apa jadi.. rugi sgt ke kalau kita wat jer, cuba dulu tgk..kurang2 kita tau sendiri..adat la kan, x cuba xtau..tapi kalau jadi mcm mana...senang ceta, kalau nak buat alasan, macam2 kita akan bagi..pointnya, nak ke x nak jer..

jadi kali ni, sementara aku nampak peluang ni dah ada, modal lak kecil dlm 100 jer..maafla, mungkin nilai ni besar pada korang..tapi pada aku, dgn nilai tu kalau x berjaya pun, aku x ralat. kurang2 aku cuba, xde la nak pikir sgt...100 tu kalau org mcm aku ni isap rokok, seminggu lebih jer dah abis, makan kat luar 4 5 kali pun dah abis kot..:)

ok, balik ceta psl peluang ni..selalu sgt kita dgr, peluang x dtg selalu, kalau x amik, mungkin xkan datang lagi..atau lambat lagik nak datang balik..masa akan terus berlalu kan? so, skrg aku nampak satu peluang, potensi yg besar, baru dan boleh pergi jauh..jadi apa aku nak buat? ulang benda yg sama yg aku buat? rasanya kali ni x kot, aku nak wat jer, apa nak jadi jadila, kurang2 aku cuba..modal?? xper, kalau x jadi pun aku anggap dah xde rezeki..tapi kalau jadi??

ok lah..nak amik langkah selamat sikit..wat research sikit..dah aku wat, background benda yg aku nak buat dah aku check sikit sebanyak..so apa mcm mana skrg, nak tunggu lagi,  x kot, kali ni, aku nak set, nampak jer peluang aku nak rembat, kasi jalan jer dulu, apa2 belakang ceta..perghh, dengar mcm nak agresif jer..yela, modal kecik jer, layan jela..yg besar2 sebelum ni pun aku ada buat, take the risk sikit2 tu biasa la kan, hehe..

tapi ada satu masalah lagik aku ni sebenarnya.. aku jenis jenis malas nak carik2 org ni, malas nak promot2 kat org, aku jenis layan sorg2 jer, apa2 aku tanggung sendiri..ok la kan.. so pendekatan aku kali ni, aku wat sambil share2 la ngn kawan2, "sharing is caring" ayat standard gak ni..xde paksaan, aku cuma bgtau kat kawan2 terdekat, aku nak wat, diaorg nak join ke x, terpulang, nak kaji dulu mcm aku wat dulu2 pun ok, nak tunggu kot2 aku berjaya pun, harap2 la, ok gak.. aku cuma nak share jer, ikut x ikut tu pilihan sendiri, duit sendiri kan..

uiks, mcm panjang lak aku dok membebel sorg2 ni haha..xper, ni blog aku kan, sapa nak kisah..lagipun kalau korang baca post aku ni, korang pun mesti macam aku gak, "Silent Reader" kan??

Agak kena x topik aku pilih ni, "Bertindak sebelum terlamat", Pesanan buat Diri". Kena la kot kan.. yg penting pada aku, masa xkan tunggu kita, ianya akan berlalu dan berlalu..peluang datang x selalu..so kalau dah nampak, jalan jer..alasan kalau nak bagi, macam2..nak ke x nak jer..

ok, apa tu Kajian Kes lak?

yg nie macam best jer..oklah, ni aku wat research skit, kisah daripada org yg buat Video tapi, korang dah tgk kan, kalau x, cuba selak2 balik post aku sebelum ni.. nama dia pun famous dah dalam bidang ni, otai dalam bisnes yg aku nak wat ni, sapa nama dia, korang carik la sendiri..mcm biasa la kan, kaji dulu..kan nak tgk testimoni..hehe..

ok kita cuba lihat sikit faktanya... dia mula join bisnes ni bila? agak2 sekarang berapa la income dia? mari kita tgk..

jap, sebelum tu kan, mari kita teka, apa yg korang akan pikir atau cakap kemudian nanti..mcm yg standard aku akan cakap kat aku sendiri gak sebelum ni..

"alah, dia bolehla dapat byk, dia join awal"
"dia dapat mcm tu, sbb dia rajin promot, aku ni malas bab cari2 org ni"
"dah mmg rezeki dia, nak wat cemana"

mcm2 la lagi kan..pada aku kali ni senang jer, dia dapat banyak sbb dia rajin..sbb usaha dia..jadi kita skrg mcm mana, nak tunggu lagi perhatikan tgk jer.. masa akan terus berlalu dan berlalu..dan dia akan teruskan apa yg dia dah buat..xper, persoalan tu semua jawab sendirila kan...

ok, kita tgk bila dia start...

Bulan Julai 2010 dia mula... dia dapat RM59.30...sikit jer kan..yela bisnes modal pun kecik kan...
Ogos 2010 - RM532.06 ... ok dah skit ni, modal pun dah cover, cuma mungkin ada kos2 lain yg x cover lg
Sept 2010 - RM1293.03
Okt 2010 - RM1823.65
Nov 2010 - RM2675.12
Dis 2010 - RM3415.11

Jan 2011 - RM3716.73
Feb 2011 - RM3769.37
Mac 2011 - RM3971.57
April 2011 - RM3705.24
Mei 2011 - RM4127.73
Jun 2011 - RM3613.97
Julai 2011 - RM3912.87
Ogos 2011 - RM3957.29
Sept 2011 - RM3825.21
Okt 2011 - RM4102.54
Nov 2011 - RM4334.57
Dis 2011 - RM4542.38

Jan 2012 - RM5237.25
Feb 2012 - RM5435.57
Mac 2012 - RM6486.23
April 2012 - RM6842.02
Mei 2012 - RM9657.42
Jun 2012 - RM11741.73
Julai 2012 - RM13384.83
Ogos 2012 - RM14625.60
Sept 2012 - RM15190.66
Okt 2012 - RM16707.48
Nov 2012 - RM17324.56
Dis 2012 - RM18784.73

Jan 2013 - RM20,573.28
Feb 2013 - RM21852.49
Mac 2013 - RM24895.34
April 2013 - RM33201.43
Mei 2013 - RM32864.92

....
....
....
....

Menarik kan? Agak2 korang berapa pendapatan dia skrg sebulan? sebab data tu pun ada sampai Mei 2013. Time aku wat post ni dah masuk Mac 2014..Cuba korang kaji tgk...wat research skit..

Tapi aku dah kaji dah, jawapannya aku dah dapat..nak tau berapa??

Jawapannya = RM250,000.00 sebulan
ya, tiap2 bulan..

X percaya? Terpulang... tapi inilah kuasa Pasif Income. yang pasti ianya xkan berkurang.. sampai bila.. yang ni aku x boleh nak jawab... tapi kita nak tunggu tgk lagi ke mcm mana skrg..

Jumpa lagi.
Share:

06 March 2014

Mulakan langkah baru

Salam dan jumpa lagi.

Sebelum aku share ngn korang semua apa aku nak wat nie, mari kita sembang2 skit, atau baca jer apa yang aku tulis ni sebenarnya, sbb mcm luahan perasaan pun ada hehe.

Aku ni keja kerajaan, keja apa tu biarlah rahsia. Gaji pun ok la, nak kata tinggi tu xdela, nak kata rendah pun x la juga, biasa2 je. Tolak campur belanja bulan2 kira bolehla, dah rezeki mcm tu kan. Xper psl tu biarla dulu, bukan nak ceta psl tu sebenarnya.

ok, dulu aku suka wat bisnes, even sekarang pun masih suka..sapa x suka dapat duit kan :)
Jadi mcm2 juga la aku wat, daripada start aku keja dulu, sambil2 keja tu curi2 layan internet, aku join yg tgh hangat time tu, studiotraffic kalau x silap aku. Kejanya senang jer, buka website, pastu biar je, nanti dia rolling2 tukar2, then kita dapat income, xbyk tp dlm usd, buat jela tiap2 hari. pastu kuar lg mcm2, 12dailypro la dll, yg malaysia punya pun ada. X lama pastu xtau nape, program ni dah stop ke x bayar dah..xtau la.

then kemudian ada fenomena baru melanda, pelaburan internet. aku join gak, kali ni ada hasil la nampaknya..korang pun ramai yg join ni rasanya. Pernah dengar kot swisscash, dll tu. Aku x join Swisscash tapi yang lain, nama pun aku dah lupa apa tah, malas dah nak ingat balik hihi. Kali ni nampak mcm best, aku siap jadi trader jual point..untuk sehari sampai dekat nak seribu, bagi dua ngn member aku, dlm 500 seorang la dapat, sehari tu. Member aku wat x sampai dlm sebulan, boleh beli proton wira second, cash lagi. aku beli dua telefon Nokia Communicator time tu, dua lagi bagi sorang satu. ni dari seminggu nyer income jer. biar nampak hebat sikit kononnya wat bisnes. Kelakar lak kalau ingatkan balik..

x sampai sebulan, bisnes ni dah kena ngn BNM, pastu stop..sebelum tu pun Maybank aku sampai kena beku sbb byk sgt transaksi, tu pun seingat aku, aku pakai dlm 4 5 maybank kawan gak nak wat mudah bisnes.

Pastu aku join lagik mcm2 bisnes lak, byk la jugak, jual topup, jual produk dll..tapi x lama. sebab aku ni jenis malas nak cari org sgt. aku lebih suka yg wat2 sendiri jer..x susahkan sapa2 kalau ada apa2 komplen ke nanti.. pendek kata, mcm2 la aku wat yg guna internet ni..

Lama2, aku slow skit, sbb aku dah tukar keja, tp gomen gak, kali ni keja aku sibuk la skit, xde masa sgt nak wat part time ni..tapi, sapa x nak duit lebih kan..lagipun aku follow gak perkembangan semasa..asalnya nak main forex, tp aku x berapa pandai nak kaji graf2 tu semua, pening pala aku tgk. jadi aku wat keputusan join yg pelaburan emas lak, tgh hangat time tu..aku jumpa sorang bro ni, nama dia pokli, ada yg kenal kot, otai ni sekarang dlm bidang emas ni..byk dia kasi tunjuk ajar time jumpa tu. ikhlas aku ckp, aku mmg respek dia dan sebab tula aku kekalkan dia sebagai mentor aku dlm blog ni. Aku bukan nak kata aku menyesal, sbb aku pun join. Cuma mungkin sbb halangan kewangan ngn kerja, aku x berapa wat sgt atau follow dlm bisnes emas ni. Setakat simpan sikit2 emas tu sebagai bekalan akan datang ada la, wat aset skit. :)

Dalam pada tu, disebabkan kerja aku makin busy, aku jarang dah ada kesempatan nak join bisnes internet. aku boleh kata stop kejap. Dalam pada tu aku buka kedai jual pakaian kat Seri Kembangan ngn member aku, tapi x lama, aku jual semua barang ngn kedai tu. Aku pun dapat naik pangkat dan transfer ke Sabah. Sekarang ni dok Sabah la..best gak, hehe.

Dalam pada tu, ada gak aku jenguk2 sambil2 tgk kat internet apa best. Tapi x terbuka hati nak join mana2 bisnes. Sebabnya, sebab aku malas nak cari orang, nak jumpa orang nak explain produk dll.

Sehinggalah pada satu hari tu, aku ada terbaca satu benda yang menarik minat aku...

Apa benda tu? Pasal apa minat? jeng jeng jeng..
kita sambung di next post sebab aku penat menaip ni hihi...
Share:

Blog dah bersawang ni



Salam,

lama tul rasanya x update blog ni. mcm baru kembali ke rumah yang dah lama kena tinggal je rasa. Banyak nak kena renovate balik ni.

Disebabkan sayangkan nama kat blog ni, serta ada beberapa projek baru nak buat tahun ni. So pakai balik la nama blog ni.

Senang ceta nanti nak wat transformasi sikit2 kat blog ni kemudian.

Jumpa lagi :)
Share:

27 September 2009

Barang Kemas Timbul Dari Tanah

Muka depan Kosmo arini mcm menarik minat aku je utk berkongsi kat sini. Nie aku attachkan kat bawah.



Nak scan semua ceta tu mcm byk mukasurat lak, tapi aku postkan balik apa yg ada kat kosmo online.

Barang kemas timbul dari tanah



SEBAHAGIAN koleksi gelang dan rantai yang dikatakan keluar dari tanah di Kampung Muhibbah, Tapah.



TAPAH - Seorang warga emas, Hamidah Bakar, 65, tidak menyangka kawasan di halaman belakang rumahnya rupa-rupanya tertanam berguni-guni harta karun yang didakwa berusia ratusan tahun.

Semuanya bermula pada akhir tahun 2004, apabila seorang kenalan beliau dari Indonesia memberitahu kawasan semak yang bersempadan Sungai Perak itu mempunyai 'sesuatu' iaitu harta karun yang tertanam di dalam tanah.

Bagaimanapun menurut Hamidah yang tinggal di Kampung Muhibbah di sini, untuk mengeluarkan harta karun itu, ia mestilah melalui proses 'menarik' yang disertai dan diketuai kenalannya dari negara jiran itu. Antara syarat yang diperlukan untuk mengeluarkan harta itu, seramai tujuh orang diperlukan untuk berzikir serta membuat beberapa persediaan lain di kawasan yang didakwa mengandungi harta berkenaan. Selepas, semua upacara itu selesai, salah seorang daripada tujuh orang dalam kumpulan berkenaan akan diminta untuk mengambil harta karun tersebut yang dikatakan timbul dari tanah.

Menurut Hamidah, harta-harta yang timbul itu pula kemudiannya akan dibahagi-bahagikan kepada semua tujuh orang yang berzikir tersebut. Katanya, sehingga kini, beliau masih menyimpan harta karun itu yang terdiri daripada rantai, gelang, subang dan cincin yang timbul dari tanah belakang rumahnya.


Sementara itu, seorang daripada tujuh sekawan berkenaan, Kamaluddin Mohd. Zain, 70, pula menegaskan, perbuatan mencari harta karun tersebut tidak ada kena-mengena dengan perbuatan memuja. "Tidak ada unsur-unsur pemujaan atau penggunaan ilmu hitam," katanya. Katanya lagi, upacara menarik harta karun tersebut hanya berlangsung sekitar 20 minit serta dilakukan selepas solat Maghrib dan bukannya pada waktu tengah malam. Menyentuh mengenai jenis harta karun yang dijumpai, jelas Kamaluddin, kebanyakan yang timbul adalah rantai, gelang, subang dan cincin yang dipercayai berusia ratusan tahun.


Antara perkara yg menarik dinyatakan adalah:


- Hamidah berkata, loket sebesar syiling 10 sen yang diperoleh di belakang rumahnya itu cukup istimewa kerana di atasnya berukir ayat kursi." Cukup halus ukirannya. Bila ditunjukkan kepada tukang emas, mereka mengatakan ukiran dan rekaan loket itu bukan berasal dari sini dan bukan dibuat pada zaman ini". Nie gambar loket itu:



- Hamidah" Cuma yang bernasib baik akan jumpa. Kalau niat tak baik, emas pada barang perhiasan itu akan hilang," katanya yang mengakui ada antara barang kemas yang dijumpai tidak bertukar menjadi emas.

- Kamaluddin" Saya dipesan agar tidak menjualnya walau apa pun yang terjadi. Ia boleh diberi kepada orang lain namun tidak semua orang boleh memakainya. Pemilik barang kemas kemas itu pasti mendapat gangguan seperti hati tidak tenteram, susah untuk tidur malah mendengar suara orang berbisik pada waktu tertentu. Lebih menarik, bilangan barang kemas yang dijumpai itu didakwa boleh bertambah dan adakalanya akan hilang. "Macam gelang tangan ini. Dulu masa diambil, hanya ada dua utas. Apabila saya balik ke rumah dan mengiranya kembali, bilangannya sudah menjadi tiga".


sumber: Kosmo dan Kosmo Online.


So, apa pandangan rakan2 sekalian? Nie betul barang kemas ke apa nie? Boleh kita sama-sama bincangkan..:)
Share:

Balik dari Cuti Raya

Salam semua,

Semalam baru sampai dari kampung, cuti raya. Arini baru berkesempatan nak jenguk blog, lama dah x update. kat kg xde akses internet. so pasni aku akan cuba untuk update selalu blog ni. pada sapa-sapa yg masih bercuti dan on the way nak balik semula daripada bercuti, harap berhati2 di jalanraya, semoga selamat sampai di tempat yg dituju k.
Share:

04 September 2009

Benarkah Influenza A (H1N1) Satu Wabak Yang Dirancang Oleh Pihak Kapitalis?

Satu laporan PENTING yang anda WAJIB baca....!

"Benarkah Influenza A (H1N1) Satu
Wabak Yang Dirancang Oleh Pihak Kapitalis?
Ketahui Fakta-Fakta dan Bukti Kajian Penting Virus Kejam Ini serta Satu-Satunya Cara
Terbaik Menyelamatkan Nyawa Anda!"



Laporan PERCUMA ini bakal mengejutkan anda dengan beberapa
fakta terbaru dan amat penting untuk diketahui umum! Anda perlu bertindak segera untuk mendapatkan laporan PERCUMA ini pada hari ini juga!


KLIK SINI untuk Download!!
Share:

31 August 2009

Kategori Baru - Link Partner

Salam semua.

Hari nie aku terpikirkan utk wat satu kategori baru kat blog nie, namanya link partner. aku nie sebenarnya xde la tau sgt psl blog ni, main try n error jer. tapi nampaknya mcm jadi jer. hehe.

Mungkin member2 yg dah lama wat blog atau ada website tau kepentingan link partner nie. benda nie nak bagi traffic blog kita ni naik la, so lagik ramai yg tau wujudnya blog kita nie lagilah bagus. ada byk lagik sebenarnya nak bagi trafik org masuk ke blog kita nie, utk detail bolehlah rujuk kepada sapa2 yg pakar, aku tau asas jer nie, share jela setakat yg aku tau, antaranya dengan join website2 yg org boleh vote blog kita mcm yg aku baru wat juga tu, pastu join la forum dan kita letakkan banner kita sebagai signature, boleh gak join social bookmark, google adsense dan mcm2 lagiklah. utk detail boleh rujuk kat forum2 yg ada seperti carigold dll.

apa yg pentingnya kalau kita buat blog atau nak mula berkecimpung sebagai blogger ni, walaupun partime jer, kenalah wat promosi skit. kalau x, org xtau. so kalau kita ada produk atau info yg bagus tapi xde org masuk baca pun x jadi jugak kan.

selain tu, kalau x salah aku, ruangan komen tu sebenarnya boleh membantu dlm menarik trafik ke blog kita. so, komen2 la mana yg patut yea.

jadi, sapa2 yg ada blog atau website tu, jemputlah exchange link dgn aku k.

jumpa lagik.
Share:

22 July 2009

Ketenangan Minda

Pernah x anda semua menghadapi situasi di mana pada ujung bulan je rasa mcm serabut atau x sabar2 nak tunggu gaji. mcm makin lambar je rasanya time gaji tu. saya pernah, malah selalu kot. :) tambah teruk kalau time ujung bulan tu mcm2 la nak pakai duit. time tu la kena outstation, kereta rosak la, adik nak pinjam duit la, claim lak lambat dan macam2 la. time gini rasanya kena betul2 budget. kalau x, masalah nanti.

so apa yang aku nak kongsi nie sebenarnya situasi yang selalu berlaku pada sapa-sapa yang secara rutin akan bergantung pada gaji semata-mata, termasuklah aku. time tu mula la nak pikir, oh bulan depan kena berjimat nie, ataupun terpaksa pinjam lu ngn sapa-sapa yg boleh, nanti gaji bayar balik. secara ringkasnya, time ni boleh dikatakan jiwa pun dah x berapa nak tenang, dah xde ketenangan minda.

dari aspek kewangan, sebenarnya benda2 gini boleh dielak kalau kita mempunyai perancangan kewangan yang betul, tidak boros dan ada disiplin dalam hal-hal berkaitan dengan kewangan. tapi kalau income dah mmg sikit, nak disiplin pun payah gak kan. hehe.

so pada aku, kalau boleh dah xnak lagi hadapi ketidaktenangan minda ni secara berkala pada setiap bulan. biarla kalau boleh tiap2 bulan tu berjalan lancar kewangannya, hati pun senang. xde nak berkira tiap2 bulan, kalau rasa nak buat tu buat je. bukan nak kaya raya, tapi selesa je (short term je ni, kaya tu nak gak sebenarnya..hik hik).

so kalau dikaitkan balik dengan post aku sebelum ni, ada la kaitannya dengan pentingnya simpanan, wang kecemasan dsb. time ginilah gunanya, time terdesak xde la susah2 kan. kalau boleh xde istilah "nak tunggu gaji", baru leh wat.

masalahnya, kalau dah tau gtulah yg akan selalunya terjadi, dan x buat apa-apa, sebenarnya x selesaikan masalah gak. so, kena la mulakan sesuatu untuk mengubahnya. kalau x mcm ginilah hidup kita, mengharapkan gaji semata-mata. x timbul lah "peace of mind" nie. hidup kena ada perubahan, dan perubahan tu harus dimulakan..:). Nasib baik la aku dah tersedar.

p/s: aku kata kat diri aku nie sebenarnya. tu sbb mcm merapu dan x tersusun je ayatnya nie, tapi harap korang paham la apa yg aku nak sampaikan nie..
Share:

14 July 2009

Update Blog

Salam semua,

sebenarnya banyak gak peristiwa yang berlaku akhir2 nie. Cuma x sempat nak update blog jer sbb kekangan masa dan kerja. Maklumlah kerja siang ngn mlm x tentu masa balik, hehe.

tengok lah nanti kalau ada masa free, ada bebrapa benda sebenarnya nak post nie.

Sambil2 tu, nak ucapkan tima kasih pada pokli sbb lantik jadi wakil dia untuk urusniaga emas. psl nie nanti akan di update secara detail kemudian k. Cuma kalau sapa-sapa yang yg tau lebih lanjut psl emas nie boleh kunjungi blog pokli, http://pokli77.blogspot.com.

Jumpa lagi.
Share:

04 July 2009

Membaca di Malam Minggu

Malam minggu nie aku dok umah. masih dlm mood membaca. Banyak gak blog aku baca mlm nie. semuanya byk psl emas ngn hartanah. ada gak jumpa blog2 yg best ngn berilmu tu yg aku follow. bagus gak la blogger nie wat yg follow tu. senang nak check balik. kalau dulu nak kena save link blog tu siap2, penuh link dok bookmark kat mozilla, hehe.

Byk gak dah skrg yg aku tau terutamanya psl emas ni. sbnrnya tunggu duit masuk je dlm minggu depan jangkaannya. dpt je duit terus nak sambar emas ngn pokli, aritu dah janji ngn dia. Dia dah x ingat xper, janji aku ingat..:)

Pastu, nak gi buka akaun GIA kat PBB. x sabar lak rasa nak tunggu nie.

Yang bab hartanah tu skrg tgh dok collect ilmu lagi, byk lagi yg xtau. ok la, sambil2 tu boleh la tunggu nama clear skit kat rekod ccris. lagipun nie dah masuk dlm middle-term plan. agak2 dlm awal tahun depan dah leh start rasanya projek nie.

so, sambung membaca balik sementara ada mood nie..
Share:

03 July 2009

Tabung Kecemasan



Arini aircond keta lak wat hal. tukar condenser kena dlm rm330. baru jer nak belajar berjimat cermat, hehe. tu la org kata. jimat part lain, part lain lak kena kuar. rasanya benda mcm nie mmg selalu akan berlaku. plan la mcm ner pun kalau dah nak jadi lain, xleh wat apa pun.

so, pengajaran utk hari nie dlm aspek kewangan adalah, kena ada wang ataupun "bajet kecemasan". xkisahlah nak panggil apa pun, wang hujan ke, tabung kecemasan ke, tabung bwh bantal ke, apa-apa lah. kena ada gak bajet kecemasan ini. byk ke x tu bergantung la. kalau boleh lagik byk lagi bagus.

gunanya time2 mcm nie la. tu belum ambilkira hal-hal lain yg mungkin berlaku luar jangkaan. cthnya, ada kecemasan kat kg ke nak kena balik dll. semua tu benda yg di luar kawalan. kalau boleh gunakan bila betul2 emergency jer. selagi boleh survive, survive la dulu.
Share:

29 June 2009

Kesedaran Untuk Berubah

Akhir-akhir nie aku banyak membaca beberapa bahan bacaan. terutamanya psl pengurusan kewangan. Aku xnak ceta byk, cuma antara yang pada aku penting dan boleh di share di sini adalah, "kesedaran untuk berubah".

Mcm aku sendiri, background kat u dulu dlm bidang kewangan. tapi bab kewangan diri sendiri aku gagal dalam menguruskan kewangan aku. patutnya dgn ilmu yg aku ada aku boleh praktikkan sbb aku ada advantage sikit kalau nak banding dgn org lain. tapi xpelah. at least aku boleh gak tersedar daripada terus hanyut bab pengurusan kewangan nie. sekurang-kurangnya, biar lambat sedar daripada x sedar langsung kan.

so azam aku sekarang nie utk mula merancang financial situation aku dgn lebih baik dan teratur. tu sbb org kata, x penting bila kita mula, tapi yg penting kita dah bermula. tu sebab kesedaran tu yang penting. contohnya: kalau 3 tahun dulu kita dah tahu psl emas sikit2, yg emas tu akan naik harga dan xkan jatuh dgn teruk walaupun akan ada up and down, tapi long term akan untung. skrg kita mungkin akan kata, nyesal aku x invest emas dari dulu, kalau x mesti dah untung banyak skrg. xpelah sbb dulu kita xde modal dan info sgt psl emas. tapi sekarang nie, kalau mcm aku dah dpt info dari kajian sikit2, tapi kalaulah x ambil peluang nie, dlm 3 tahun lagi, xkan aku nak ulang benda yang sama. oh, nyesal aku dulu x amik peluang. mmg nampak mcm dua-dua nyesal kan, bezanya, dulu boleh kita kata kita xtau sgt dgn xde modal. skrg nie, dah tau ngn ada modal skit2. so mesti akan lagi menyesal, hehe. tu lah maksud aku tadi, kesedaran untuk berubah. ni contoh jer, sbb plan aku akrg nie, akan memulakan pelaburan dlm bidang emas nie. kecil-kecilan je dulu. detailnya aku akan ceta kemudian nanti.
Share:

Post Pertama

Salam semua.
(walaupun aku tau xde org nak baca lagi post nie, hehe)

Sebenarnya blog ni aku baru buat untuk mengingatkan diri aku tentang perubahan yang akan aku lakukan untuk masa depan aku. Kira mcm satu titik perubahan yang aku akan mulakan dengan langkah baru untuk mencapai cita-cita aku ke arah "financial freedom".

semua ni bertitik tolak daripada pembacaan aku di beberapa blog akhir-akhir ni. aku agak sibuk sikit membaca beberapa blog sebagai rujukan dan juga melakukan beberapa kajian.

Hasilnya aku rumuskan yang akan akan memulakan step yang baru dalam aspek perancangan kewangan aku sendiri. Harap ianya akan berjaya.

Jadi target aku sekarang untuk melakukan beberapa perkara sebagai langkah permulaan. secara ringkasnya seperti berikut:

1) menyusun semula kewangan, dlm ertikata lain, susuan semula kedudukan hutang piutang, hehe.
2) memulakan pelaburan dalam bidang emas (short term plan)
3) memulakan pelaburan dalam bidang hartanah (middle term @ long term plan)
4) menjana pasif income yang lain.

sebagai kredit aku ingin ucapkan terima kasih kepada beberapa blog yang aku baca sebelum ni spt blog pokli, jutawan emas shukor, pie2020 dan banyak lagik kerana membuka mata aku.

nie semua target aku dan harap ianya akan berjaya..amin.
Share:

Search Box by All Blogger Tricks

Langganan Artikel Percuma

Dapatkan Artikel terbaru yang sentiasa diupdate secara percuma. Jadilah yang pertama mengetahuinya!! Masukkan email Anda di bawah dan klik Subscribe:

Delivered by FeedBurner

Search This Blog

ChatBox

Hubungi Saya:


Nuaraca
Tel/SMS/Wasap: 012 2876187
email: nuaraca@gmail.com

FB:
https://www.facebook.com/nuaraca



Popular Posts

Featured Posts

Recent Comments

Contact Form

Name

Email *

Message *

Total Pageviews

link rel="stylesheet" type="text/css" href="http://blogger-json-experiment.googlecode.com/svn/resources/blogger-feed-rotator-plugin/default-style.min.css"/>

top navigation

Blog Directory
Blog Directory & Search engine
blogarama - the blog directory
Blog Directory by Blog Flux

Link Partner

Nuaraca

Letakkan Logo ini dengan menggunakan kod di atas ke web atau blog anda dan emailkan web atau blog anda ke

nuaraca@gmail.com

Copyright © Nuaraca Network | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com & Distributed By Protemplateslab