Twitter Facebook Delicious Digg Stumbleupon Favorites More
Satu Perjalanan Ke Arah Financial Freedom
Showing posts with label Perniagaan Internet. Show all posts
Showing posts with label Perniagaan Internet. Show all posts

23 March 2014

Nrelate: Letakkan Post "Yang Berkaitan" dengan Blog Anda dan Boleh Hasilkan Income?

Salam,

Pagi ujung minggu ni aku xde plan ke mana2..ingat nak rehat2 kat umah jer. So arini ada masa aku nak godek2 skit blog aku ni mana patut. Aku ni sebenarnya kategori noob gak dalam wat blog ni, belajar wat pun sendiri2 jer, kaedah try and error. Sambil2 explore ni cuba test apa2 yang terbaru ke..lagipun pada aku wat sendiri ni best, kita cub2, pastu syok pulak kan kalau menjadi.

Aku dari tadi sebenarnya nak bubuh satu tool ke widget ke, apa2 la yg korang nak panggil ni, ke blog aku. Yang post-post berkaitan tu..so bila search aku tgk byk yg buh kat blog yg pakai LinkWithin. Korang mesti tau kot..jadi aku pun try la buh kat blog aku...nampak mcm senang jer, add on gitu jer..tapi bila view blog ni, x kuar lak gambar. Jadi mcm biasa la, cari kat internet mcm mana nak edit atau fix error ni, jumpa..pastu aku wat, mcm nak menjadi tapi x menjadi gak..

Pastu aku search, option lain, dalam pada tu aku terjumpa satu blog mat salleh ni yg ada bgtau psl benda ni, dia cakap kalau pakai LinkWithin ni sebenarnya x berapa bagus sebab ianya dalam kategori Parasit Widget dan x berapa bagus untuk SEO korang. Pulak dah..hehe. Korang baca sendiri la kat SINI

"Bloggy Thursdays: Why I Stopped Using LinkWithin (And Switched to nRelate)"



Jadi, aku pun pikir elok gak aku try yang dia suggest tu, namanya nRelate. Korang boleh check gak dengan klik bannernya yang ada bawah post akhir aku ni yang ada gambar nRelate mcm kat bawah ni:




Aku pun x explore dengan detail lagi gak sebenarnya sbb nak try dulu. Tapi bila register dan pakai menjadi lak..macam yg korang tgk kat bawah sekali blog aku ni la.. 

Dan yg aku perasan diorg ni mcm wat affiliate gak, kira ada bagi komisen gak, bab ni aku nak ceta skrg pun aku x berapa pasti, nanti kalau dah tau aku post balik psl ni sbb tujuan aku pun nak cari widget yang boleh letak psl post2 yang berkaitan ni..tapi kalau korang ada produk yang nak iklankan rasa aku boleh try kot sbb nRelate ni ada wat "Partner Program". Korang cuba baca la nanti k. Ada minah ni pun ada ceta psl ni tapi x detail gak.. Baca SINI

Nanti korang tgk la, aku just nak share jer..

Jumpa lagi..


Share:

28 August 2009

Branding Nama Anda



FotoKredit: eyetoad.com

Salam semua,

kebelakangan nie agak busy skit, lama dah x post apa2 nie.

Sebelum nie aku pernah janjikan nak berkongsi skit mengenai "branding nama anda". sebenarnya perkara nie ramai yang dah tau, cuma x aplikasikan saja. tapi perkara nie agak penting juga dalam kita ingin mengetengahkan nama kita dalam apa-apa bidang pun. sekadar mengambil beberapa contoh, kalau kita sebut "fast food". mesti kita akan terus terfikirkan kepada McD, KFC dll la. tapi mengapa kalau kita sebut fast food jer, mesti nama-nama yang nie akan kuar dulu? x bolehkah kalau kita sebut aje "fast food", yg pertama kuar adalah adalah yang lain? Marrybrown, Dunkin Donut ke dll. Ataupun kalau dulu sebut burger je mesti ingat Ramly Burger dulu (skrg nie Burger King dulu kot..:)) kenapa tidak yang lain. Byk lagi lah contohnya.

dan kalau dikecilkan skit skop kepada dunia emas pulak, sekarang nie rasanya dalam internet nie yang paling top adalah jutawanemas shukor dan disusuli oleh pokli kot (promote sifu nie, hihi). kalau yang ikuti bidang rumah lelong rasanya didahului oleh pie.

jawapannya adalah kerana mereka nie semua telah branding nama mereka dengan betul. ditambah dengan tools lain seperti tagline (akan diceritakan kemudian) yang mereka gunakan, dan faktor2 lain, mereka berjaya branding kan nama mereka sepenuhnya.

nampak mcm sukar, tapi boleh mulakan dengan beberapa perkara asas. cthnya seperti perkenalkan nama kita dengan ringkas dan unik. cth mcm shukor, pokli, pie, jurukur dll (sekadar menyebut beberapa nama). ini sebenarnya memudahkan orang utk ingat nama kita. xperlu utk letak nama betul kita yang panjang2, nanti org payah nak ingat dan seterusnya lupa. selain tu, rasanya pengkhususan juga agak penting. kalau boleh cuba khususkan apa yang sebenarnya ingin kita pasarkan. jika terlalu rojak dan banyak benda akan menyebabkan sukar utk kita branding nama kita.

Byk lagik la rasanya kaedah2 nie, yg penting aku cuma nak share benda yg aku rasa boleh dikongsikan dari segi ideanya. mungkin member2 lain boleh tambah lagi di komen nanti.

ok, jumpa lagi.
Share:

27 July 2009

Kepentingan Network




Salam.

Kali ni kita sembang2 psl network. ramai org dok tanya bagus ke ada network nie? ada kata x bagus sebab nanti potong line, nanti susah nak jual produk sbb byk persaingan, susah nak maju, dan mcm2 lagi. pada aku mula2 kena paham dan bezakan dulu apa erti newtork(rangkaian) dengan competitiors (pesaing2). dari situ baru kita boleh jawab persoalan nie.

Kalau ramai pesaing maby akan menyebabkan keadaan di atas akan berlaku. makin ramai pesaing akan menyebabkan susah nak tembusi pasaran. ok kalau network lak, bermakna rangkaian yang kita ada yang boleh membantu kita. nak lagi mudah kita tengok contoh di bawah:

katakan anda menjual emas secara solo dan xde rangkaian. sekarang nie anda ada beberapa keping emas dlm bentuk dinar shj, xde yg lain. katakan dalam hari tu ada 2 pelanggan bertanyakan tentang emas tapi dia nak yang gold bar, anda xde. apa anda akan buat? anda xde network ni. so pilihan yg anda ada adalah, samaada terus kata ada xde stok dan xde deal lah. ataupun kata kat dia, tunggu saya order dulu, maby dlm minggu depan baru dapat. kalau dia nak tunggu kira nasib baik lah, tapi kalau dia cari penjual lain?? anda dah rugi 2 customer aritu. nie belum cerita lagi maby gak diorg nie merupakan pelanggan yg berpotensi utk jadi "repeat customer".

satu lagi keadaan di mana situasinya sama mcm di atas, cuma bezanya anda ada network. skip cetanya sbb sama je. tapi pilihannya adalah: sama juga mcm di atas tapi...tambah satu lagi pilihan. anda boleh check lu ngn network2 anda yg lain ada x produk yg customer tu mahukan. dalam ramai2 network tu kebarangkalian utk ada adalah tinggi kan? so, anda ada 2 lagi pilihan utk, beli ngn network anda dan jual ke customer anda atau minta network anda uruskan. dengan kata lain channelkan customer anda tu ke network anda. ok, nampak mcm anda x untung kan?? x, sebenarnya anda untung, utk long term. sebabnya, kalau anda amalkan prinsip mcm ni, dan network anda buat yg sama, time dia xde stok dia channelkan balik kepada anda, sama juga kan. dan yg pentingnya, customer anda tu dpt apa yg dia kehendaki. so potesi utk dia jadi repeat customer tu masih tinggi.

masih x nampak lagi?? ok katakanlah kita letakkan diri kita kat tempat pembeli tu. arini tanya barang, xde. minggu depan try tanya lagi, xde gak. agak2 pas2ni kita nak tanya lagi ke ngn dia. payah la kan? tapi kalau kita tanya sekali, ada beberapa kali, mesti ada. lain kali nak berurusan lagi ke dgn dia?? kita xmau tau dia nak ambil dulu ngn network dia ke, nak pinjam dulu ke, tu masalah dia kan. janji kita dpt apa kita nak.

k, tu yg aku nampaklah. boleh kita sama2 bincang kalau ada pandangan k.

jumpa lagi.
Share:

Search Box by All Blogger Tricks

Langganan Artikel Percuma

Dapatkan Artikel terbaru yang sentiasa diupdate secara percuma. Jadilah yang pertama mengetahuinya!! Masukkan email Anda di bawah dan klik Subscribe:

Delivered by FeedBurner

Search This Blog

ChatBox

Hubungi Saya:


Nuaraca
Tel/SMS/Wasap: 012 2876187
email: nuaraca@gmail.com

FB:
https://www.facebook.com/nuaraca



Popular Posts

Featured Posts

Recent Comments

Contact Form

Name

Email *

Message *

Total Pageviews

link rel="stylesheet" type="text/css" href="http://blogger-json-experiment.googlecode.com/svn/resources/blogger-feed-rotator-plugin/default-style.min.css"/>

top navigation

Blog Directory
Blog Directory & Search engine
blogarama - the blog directory
Blog Directory by Blog Flux

Link Partner

Nuaraca

Letakkan Logo ini dengan menggunakan kod di atas ke web atau blog anda dan emailkan web atau blog anda ke

nuaraca@gmail.com

Copyright © Nuaraca Network | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com & Distributed By Protemplateslab