Twitter Facebook Delicious Digg Stumbleupon Favorites More
Satu Perjalanan Ke Arah Financial Freedom

06 March 2014

Mulakan langkah baru

Salam dan jumpa lagi.

Sebelum aku share ngn korang semua apa aku nak wat nie, mari kita sembang2 skit, atau baca jer apa yang aku tulis ni sebenarnya, sbb mcm luahan perasaan pun ada hehe.

Aku ni keja kerajaan, keja apa tu biarlah rahsia. Gaji pun ok la, nak kata tinggi tu xdela, nak kata rendah pun x la juga, biasa2 je. Tolak campur belanja bulan2 kira bolehla, dah rezeki mcm tu kan. Xper psl tu biarla dulu, bukan nak ceta psl tu sebenarnya.

ok, dulu aku suka wat bisnes, even sekarang pun masih suka..sapa x suka dapat duit kan :)
Jadi mcm2 juga la aku wat, daripada start aku keja dulu, sambil2 keja tu curi2 layan internet, aku join yg tgh hangat time tu, studiotraffic kalau x silap aku. Kejanya senang jer, buka website, pastu biar je, nanti dia rolling2 tukar2, then kita dapat income, xbyk tp dlm usd, buat jela tiap2 hari. pastu kuar lg mcm2, 12dailypro la dll, yg malaysia punya pun ada. X lama pastu xtau nape, program ni dah stop ke x bayar dah..xtau la.

then kemudian ada fenomena baru melanda, pelaburan internet. aku join gak, kali ni ada hasil la nampaknya..korang pun ramai yg join ni rasanya. Pernah dengar kot swisscash, dll tu. Aku x join Swisscash tapi yang lain, nama pun aku dah lupa apa tah, malas dah nak ingat balik hihi. Kali ni nampak mcm best, aku siap jadi trader jual point..untuk sehari sampai dekat nak seribu, bagi dua ngn member aku, dlm 500 seorang la dapat, sehari tu. Member aku wat x sampai dlm sebulan, boleh beli proton wira second, cash lagi. aku beli dua telefon Nokia Communicator time tu, dua lagi bagi sorang satu. ni dari seminggu nyer income jer. biar nampak hebat sikit kononnya wat bisnes. Kelakar lak kalau ingatkan balik..

x sampai sebulan, bisnes ni dah kena ngn BNM, pastu stop..sebelum tu pun Maybank aku sampai kena beku sbb byk sgt transaksi, tu pun seingat aku, aku pakai dlm 4 5 maybank kawan gak nak wat mudah bisnes.

Pastu aku join lagik mcm2 bisnes lak, byk la jugak, jual topup, jual produk dll..tapi x lama. sebab aku ni jenis malas nak cari org sgt. aku lebih suka yg wat2 sendiri jer..x susahkan sapa2 kalau ada apa2 komplen ke nanti.. pendek kata, mcm2 la aku wat yg guna internet ni..

Lama2, aku slow skit, sbb aku dah tukar keja, tp gomen gak, kali ni keja aku sibuk la skit, xde masa sgt nak wat part time ni..tapi, sapa x nak duit lebih kan..lagipun aku follow gak perkembangan semasa..asalnya nak main forex, tp aku x berapa pandai nak kaji graf2 tu semua, pening pala aku tgk. jadi aku wat keputusan join yg pelaburan emas lak, tgh hangat time tu..aku jumpa sorang bro ni, nama dia pokli, ada yg kenal kot, otai ni sekarang dlm bidang emas ni..byk dia kasi tunjuk ajar time jumpa tu. ikhlas aku ckp, aku mmg respek dia dan sebab tula aku kekalkan dia sebagai mentor aku dlm blog ni. Aku bukan nak kata aku menyesal, sbb aku pun join. Cuma mungkin sbb halangan kewangan ngn kerja, aku x berapa wat sgt atau follow dlm bisnes emas ni. Setakat simpan sikit2 emas tu sebagai bekalan akan datang ada la, wat aset skit. :)

Dalam pada tu, disebabkan kerja aku makin busy, aku jarang dah ada kesempatan nak join bisnes internet. aku boleh kata stop kejap. Dalam pada tu aku buka kedai jual pakaian kat Seri Kembangan ngn member aku, tapi x lama, aku jual semua barang ngn kedai tu. Aku pun dapat naik pangkat dan transfer ke Sabah. Sekarang ni dok Sabah la..best gak, hehe.

Dalam pada tu, ada gak aku jenguk2 sambil2 tgk kat internet apa best. Tapi x terbuka hati nak join mana2 bisnes. Sebabnya, sebab aku malas nak cari orang, nak jumpa orang nak explain produk dll.

Sehinggalah pada satu hari tu, aku ada terbaca satu benda yang menarik minat aku...

Apa benda tu? Pasal apa minat? jeng jeng jeng..
kita sambung di next post sebab aku penat menaip ni hihi...
Share:

Bil telefon dan tinggi

Salam,

Hari ni dalam tgh2 nak update blog untuk nak wat projek baru ni, bukak email tgk bil telefon dah sampai. Tgk amaun nya tu, hmm mcm biasa la, lebih kurang tu jela tiap2 bulan..

Disebabkan ianya ada kaitan dengan projek nak wat ni, aku kasi share la kat sini gambarnya skit, senang nak wat rujukan di masa akan datang.

Ni sebenarnya bukanlah bil telefon aku sorg, ni dah merged supplementary utk no mak aku ngn bil internet, aku combine sekali nih..anak mithali katakan hehe..


Share:

Blog dah bersawang ni



Salam,

lama tul rasanya x update blog ni. mcm baru kembali ke rumah yang dah lama kena tinggal je rasa. Banyak nak kena renovate balik ni.

Disebabkan sayangkan nama kat blog ni, serta ada beberapa projek baru nak buat tahun ni. So pakai balik la nama blog ni.

Senang ceta nanti nak wat transformasi sikit2 kat blog ni kemudian.

Jumpa lagi :)
Share:

27 September 2009

Barang Kemas Timbul Dari Tanah

Muka depan Kosmo arini mcm menarik minat aku je utk berkongsi kat sini. Nie aku attachkan kat bawah.



Nak scan semua ceta tu mcm byk mukasurat lak, tapi aku postkan balik apa yg ada kat kosmo online.

Barang kemas timbul dari tanah



SEBAHAGIAN koleksi gelang dan rantai yang dikatakan keluar dari tanah di Kampung Muhibbah, Tapah.



TAPAH - Seorang warga emas, Hamidah Bakar, 65, tidak menyangka kawasan di halaman belakang rumahnya rupa-rupanya tertanam berguni-guni harta karun yang didakwa berusia ratusan tahun.

Semuanya bermula pada akhir tahun 2004, apabila seorang kenalan beliau dari Indonesia memberitahu kawasan semak yang bersempadan Sungai Perak itu mempunyai 'sesuatu' iaitu harta karun yang tertanam di dalam tanah.

Bagaimanapun menurut Hamidah yang tinggal di Kampung Muhibbah di sini, untuk mengeluarkan harta karun itu, ia mestilah melalui proses 'menarik' yang disertai dan diketuai kenalannya dari negara jiran itu. Antara syarat yang diperlukan untuk mengeluarkan harta itu, seramai tujuh orang diperlukan untuk berzikir serta membuat beberapa persediaan lain di kawasan yang didakwa mengandungi harta berkenaan. Selepas, semua upacara itu selesai, salah seorang daripada tujuh orang dalam kumpulan berkenaan akan diminta untuk mengambil harta karun tersebut yang dikatakan timbul dari tanah.

Menurut Hamidah, harta-harta yang timbul itu pula kemudiannya akan dibahagi-bahagikan kepada semua tujuh orang yang berzikir tersebut. Katanya, sehingga kini, beliau masih menyimpan harta karun itu yang terdiri daripada rantai, gelang, subang dan cincin yang timbul dari tanah belakang rumahnya.


Sementara itu, seorang daripada tujuh sekawan berkenaan, Kamaluddin Mohd. Zain, 70, pula menegaskan, perbuatan mencari harta karun tersebut tidak ada kena-mengena dengan perbuatan memuja. "Tidak ada unsur-unsur pemujaan atau penggunaan ilmu hitam," katanya. Katanya lagi, upacara menarik harta karun tersebut hanya berlangsung sekitar 20 minit serta dilakukan selepas solat Maghrib dan bukannya pada waktu tengah malam. Menyentuh mengenai jenis harta karun yang dijumpai, jelas Kamaluddin, kebanyakan yang timbul adalah rantai, gelang, subang dan cincin yang dipercayai berusia ratusan tahun.


Antara perkara yg menarik dinyatakan adalah:


- Hamidah berkata, loket sebesar syiling 10 sen yang diperoleh di belakang rumahnya itu cukup istimewa kerana di atasnya berukir ayat kursi." Cukup halus ukirannya. Bila ditunjukkan kepada tukang emas, mereka mengatakan ukiran dan rekaan loket itu bukan berasal dari sini dan bukan dibuat pada zaman ini". Nie gambar loket itu:



- Hamidah" Cuma yang bernasib baik akan jumpa. Kalau niat tak baik, emas pada barang perhiasan itu akan hilang," katanya yang mengakui ada antara barang kemas yang dijumpai tidak bertukar menjadi emas.

- Kamaluddin" Saya dipesan agar tidak menjualnya walau apa pun yang terjadi. Ia boleh diberi kepada orang lain namun tidak semua orang boleh memakainya. Pemilik barang kemas kemas itu pasti mendapat gangguan seperti hati tidak tenteram, susah untuk tidur malah mendengar suara orang berbisik pada waktu tertentu. Lebih menarik, bilangan barang kemas yang dijumpai itu didakwa boleh bertambah dan adakalanya akan hilang. "Macam gelang tangan ini. Dulu masa diambil, hanya ada dua utas. Apabila saya balik ke rumah dan mengiranya kembali, bilangannya sudah menjadi tiga".


sumber: Kosmo dan Kosmo Online.


So, apa pandangan rakan2 sekalian? Nie betul barang kemas ke apa nie? Boleh kita sama-sama bincangkan..:)
Share:

Balik dari Cuti Raya

Salam semua,

Semalam baru sampai dari kampung, cuti raya. Arini baru berkesempatan nak jenguk blog, lama dah x update. kat kg xde akses internet. so pasni aku akan cuba untuk update selalu blog ni. pada sapa-sapa yg masih bercuti dan on the way nak balik semula daripada bercuti, harap berhati2 di jalanraya, semoga selamat sampai di tempat yg dituju k.
Share:

04 September 2009

Benarkah Influenza A (H1N1) Satu Wabak Yang Dirancang Oleh Pihak Kapitalis?

Satu laporan PENTING yang anda WAJIB baca....!

"Benarkah Influenza A (H1N1) Satu
Wabak Yang Dirancang Oleh Pihak Kapitalis?
Ketahui Fakta-Fakta dan Bukti Kajian Penting Virus Kejam Ini serta Satu-Satunya Cara
Terbaik Menyelamatkan Nyawa Anda!"



Laporan PERCUMA ini bakal mengejutkan anda dengan beberapa
fakta terbaru dan amat penting untuk diketahui umum! Anda perlu bertindak segera untuk mendapatkan laporan PERCUMA ini pada hari ini juga!


KLIK SINI untuk Download!!
Share:

03 September 2009

Bonus Percuma: Kalkulator Kewangan

Rasanya ramai yg dah tau psl tool nie. xpe, bagi yg belum tau, nie aku letakkan satu kalkulator kewangan bagi membantu kita menguruskan akaun kita. senang je nak guna, ada panduannya sekali kat ruangan help tu. Aku baru je guna 2 bulan, byk membantu utk kita wat semakan semula perbelanjaan kita. lagik satu, baru sedar rupanya byk gak perbelanjaan yg boleh dielakkan dan kategori x perlu. Boleh amik kat ruangan bonus percuma kat atas tu..:)
Share:

Search Box by All Blogger Tricks

Langganan Artikel Percuma

Dapatkan Artikel terbaru yang sentiasa diupdate secara percuma. Jadilah yang pertama mengetahuinya!! Masukkan email Anda di bawah dan klik Subscribe:

Delivered by FeedBurner

Search This Blog

ChatBox

Hubungi Saya:


Nuaraca
Tel/SMS/Wasap: 012 2876187
email: nuaraca@gmail.com

FB:
https://www.facebook.com/nuaraca



Popular Posts

Featured Posts

Recent Comments

Contact Form

Name

Email *

Message *

Total Pageviews

link rel="stylesheet" type="text/css" href="http://blogger-json-experiment.googlecode.com/svn/resources/blogger-feed-rotator-plugin/default-style.min.css"/>

top navigation

Blog Directory
Blog Directory & Search engine
blogarama - the blog directory
Blog Directory by Blog Flux

Link Partner

Nuaraca

Letakkan Logo ini dengan menggunakan kod di atas ke web atau blog anda dan emailkan web atau blog anda ke

nuaraca@gmail.com

Copyright © Nuaraca Network | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com & Distributed By Protemplateslab